TPM Wan Azizah Beri Respond Tentang Pelantikan Peguam Negara Thomas. Adakah Islam Akan Dilindungi

Isu sama ada undang-undang Islam tidak dapat dilaksanakan dengan pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara tidak berbangkit, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ini kerana, menurutnya, setiap peguam negara perlu mempertahankan perlembagaan yang menyebut bahawa Islam adalah agama persekutuan.

“Kita ada perlembagaan dan perlembagaan kita memang jelas, sesiapa yang menjadi peguam negara mestilah mempertahankan perlembagaan.

“Itu asas dasar dia menjadi peguam negara, jadi tiada pertikaian. Islam juga adalah agama rasmi. Institusi raja-raja, bahasa Melayu (bahasa rasmi) semuanya diterima oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan berhubung wujud kebimbangan dengan Thomas sebagai peguam negara, undang-undang berkaitan agama Islam tidak dapat dipertahankan.

Selain itu, ditanya pula mengenai kes-kes yang melibatkan mahkamah syariah, Wan Azizah yang juga menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat memberitahu perkara berkenaan dapat diatasi dan ia bukan satu masalah besar.

“Saya kira ada juga cara yang boeh diatasi masalah itu (berkaitan mahkamah syariah), tidaklah ia jadi satu krisis dalam negara,” katanya.

Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan agar isu berkaitan agama dan keturunan Thomas tidak perlu dibangkitkan kerana Malaysia didiami oleh pelbagai kaum.

“Tak perlu (bangkitkan isu kaum dan agama) kerana kita rakyat Malaysia. Kita memang ada berlainan kaum, agama dan kita hidup harmoni di Malaysia. Kita adalah rakyat Malaysia.

“Negara kita hadapi banyak masalah. Kita perlukan seorang peguam negara dan jawatan itu dah diisi dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong. Jadi kita tak perlulah banyak polemik kerana banyak perkara kita perlu buat.

“Banyak masalah kita mesti hadapi dan tangani bersama,” katanya.

Malaysiakini hari ini melaporkan, Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memperkenan pelantikan Thomas sebagai peguam negara atas nasihat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV menyeru semua rakyat Malaysia untuk menerima bahawa pelantikan Peguam Negara Malaysia tidak patut menimbulkan konflik ke atas kaum atau agama kerana semua rakyat Malaysia harus dilayan dengan adil tanpa mengira bangsa dan agama,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dalam kenyataannya.

Dalam kenyataan itu juga Wan Ahmad Dahlan berkata Agong turut bertitah bahawa pelantikan tersebut tetap memelihara hak keistimewaan orang Melayu dan bumiputera serta kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

‘Usah gusar Thomas sebagai AG, perlembagaan lindungi Islam’

Isu sama ada undang-undang Islam tidak dapat dilaksanakan dengan pelantikan Tommy Thomas sebagai peguam negara tidak berbangkit, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam wawancara Malaysiakini, menurutnya, setiap peguam negara perlu mempertahankan perlembagaan yang menyebut bahawa Islam adalah agama persekutuan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan berhubung wujud kebimbangan dengan Thomas sebagai peguam negara, undang-undang berkaitan agama Islam tidak dapat dipertahankan.

SUMBER : MALAYSIA KINI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *