Soalan Apa Yang Wartawan Tanya Dekat Tun Mahathir Sampai Dia Jawab Macam Ini

Tun Mahathir, Perdana Menteri ke 7 untuk negara Malaysia. Beliau sebelum bersara dari politik dia dari UMNO dan selepas bersara dan aktif semula politik dia masuk Pakatan Harapan dan dia tumbangkan parti lama dia UMNO. Berhenti jadi Perdana Menteri ke 4 secara sukarela dan bukan atas paksaan dan hari ini dia menjadi Perdana Menteri lagi sekali.

Sejak beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 7, bermacam macam dugaan yang perlu dia hadap. Protege beliau iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri menyatakan bahawa dia lega tidak menjadi Perdana Menteri sekarang kerana tugas PM untuk zaman sekarang amat lah susah. Niat Tun Mahathir adalah untuk kembalikan kegemilangan Malaysia. Banyak ‘pembersihan’ telah dia lakukan, bak kata orang lama-lama ‘ Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih’.

Salah satu Press Conference Tun Mahathir Yang Membidas Soalan Wartawan

Sejak menjadi Perdana Menteri rasanya dalam sehari mesti ada Press Conference yang Tun Mahathir buat. Rasanya dia antara Perdana Menteri yang paling banyak Press Conference. Seperti biasa soalan soalan dari wartawan dari dalam dan luar negara banyak ajukan soalan soalan dan seperti biasa Tun Mahathir amat jarang sekali tidak dapat menjawab.

Tetapi Tun Mahathir juga seorang manusia, dan sabar ada had. Tun Mahathir juga ada rasa penat. Isteri beliau Tun Siti Hasmah turut pernah luahkan kerisauan melihat suami beliau bekerja tanpa henti sejak tamatnya PRU 14 bulan lepas.

Tun Mahathir perlu buktikan bahawa segala janji dari Pakatan Harapan terlaksana tetapi dengan keadaan negara kita sekarang menjadi satu cabaran untuk beliau.

Baru baru ini Tun Mahathir ada buat 1 Press Conference, klip video ini diambil dari Facebook Kelab Che Det . Jelas menunjukkan raut muka Tun Mahathir bahawa beliau sudah penat. Kemunkinan wartawan (tidak pasti dari mana) bertanyakan satu soalan yang menguji kesabaran beliau. Ini respond beliau terhadap wartawan tersebut.

Edited: Lubok Viral/ee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *