Penguatkuasa Bergaduh Dengan Peniaga. Apa Sebenar Yang Terjadi. Saksi Ini Ceritakan Segalanya

Bila tiba bulan Ramadhan ramai yang akan cuba berniaga untuk mencari rezeki. Bulan Ramadhan boleh dikatakan jual apa pun laku samada di bazaar ramadhan atau di bazaar malam seperti uptown. Seperti yang orang selalu cakap, berniaga sebulan cuti setahun. Memang tidak dinafikan berniaga di bulan ramadhan seperti rezeki terpijak bagi peniaga peniaga semua. Keuntungan yang berlipat kali ganda dari bulan bulan sebelum Ramadhan.

Rakaman Penuh 2 Video Berada Di Bawah Artikel

Memang menjadi rutin sebelum masuknya bulan Ramadhan, peniaga peniaga yang ingin berniaga harus lah memohon tapak tetapi tapak agak terhad kerana terlalu ramai yang memohon. Siapa yang dapat tapak memang rezeki untuk mereka.

Tetapi ada juga segelintir peniaga yang tidak mahu menyewa tapak tetapi berniaga di kawasan yang sama dengan peniaga yang menyewa tapak. Samada mereka sengaja tidak mahu menyewa atau mereka ada memohon sebelum ini tetapi rezeki tidak menyebelahi mereka untuk menerima tapak.

Tular 2 rakaman video pergaduhan antara peniaga dengan penguatkuasa. Rata rata di facebook menyatakan bahawa ia berlaku di Kuala Lumpur dan penguatkuasa adalah DBKL. Terang-terang baju seragam itu bukan DBKL. Dari salah sebuah rakaman video, wanita tersebut menyebut MPK iaitu Majlis Perbandaran Klang dan rata rata mengatakan ia berlaku di Jalan Taiping, Klang.

Jalan Taiping, Klang memang salah satu tempat tumpuan ramai bila tiba musim Hari Raya. Kita boleh klasifikasikan Jalan Taiping, Klang seperti Jalan TAR, Kuala Lumpur.

Berdasarkan dari 2 rakaman video yang tular, kelihatan penguatkuasa MPK cuba merampas balang air dari peniaga itu. Sekiranya MPK cuba merampas, ianya kerana peniaga tidak mempunyai lesen untuk berniaga. Ketika pengelutan antara MPK dan peniaga, balang balang air tersebut jatuh dan kekecohan berlaku. Secara tiba tumbuk menumbuk berlaku antara MPK dan peniaga.

Tidak berapa jelas rakaman itu tetapi sekiranya anda lihat betul betul, anda boleh perasan siapa yang tumbuk siapa dahulu. Salah seorang saksi disitu turut beritahu apa sebenarnya yang berlaku. Saksi tersebut adalah salah seorang peniaga yang berada di tempat kejadian. –LubokViral

Video Rakaman

Sumber Video: Syafiq Esa

Apa yang terjadi tidak dapat dipastikan dan kami masih menunggu dari kenyataan Majlis Perbandaran Klang (MPK) berkenaan kejadian ini.

Sila ke Lubok Viral untuk lagi cerita menarik. Like Dan Share ..

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *