Mereka Minta Mat Sabu Untuk Buat Semperit, Tapi Ini Respond Mat Sabu Yang Buat Semua Ketawa

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu dibawa menaiki Kapal KD Mahawangsa pada Khamis untuk Majlis Berbuka Puasa bersama warga TLDM.

Ini merupakan lawatan pertama beliau untuk melihat sendiri operasi TLDM dalam satu pelayaran bersama warga media di perairan Selat Melaka. Majlis ini turut dihadiri Panglima Tentera Laut, Tan Sri ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin yang mengiringi beliau menaiki helikopter Super Lynx mengujakan warga TLDM. Beliau juga teruja apabila dibawa ke dapur KD Mahawangsa.

MAT SABU BAWA SESUATU UNTUK ANGGOTA TLDM DI ATAS KAPAL TENTERA

KLANG – Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu meluangkan masa berbuka puasa bersama pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di atas kapal KD Mahawangsa di perairan Selat Melaka, hari ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu tiba kira-kira jam 5.45 petang dengan menaiki helikopter Super Lynx milik TLDM.

Mohamad kemudian dibawa melawat ke seluruh kapal sebelum diberi taklimat operasi daripada Ketua Staf Operasi Markas Pemerintah Armada Barat, Kepten Azman Rabbani.

Lebih menarik, beliau sempat berkunjung ke bahagian dapur dan membuat demonstrasi membuat kuih semperit selain melihat masakan yang dimasak oleh tukang masak TLDM.

Majlis itu turut dihadiri Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Dalam majlis itu, Mohamad menyampaikan bingkisan raya kepada warga kapal sebelum berbuka puasa serta melaksanakan solat Maghrib secara berjemaah.

Beliau berkata, majlis diadakan di kapal berusia 37 tahun itu bagi menghargai pengorbanan parajurit yang terpaksa berjauhan dengan keluarga pada bulan Ramadan dan Syawal.

“Saya juga lihat wajah warga KD Mahawangsa yang ceria walau jauh dengan keluarga.

“Mereka akan beraya di laut kerana bertugas tetapi kemesraan dan kegigihan mereka bekerja tetap tinggi. Saya teruja dapat bersama dengan mereka kerana semangat mereka tinggi untuk menjalankan tugas,” katanya. SUMBER : SINAR HARIAN

Mereka Meminta Mat Sabu Buat Semperit Tapi Ini Je Mat Sabu Boleh Buat

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *