Kucing Putih Ini Tiba-Tiba Menggali Kubur Yang Baru Ditanam? Bila Dicerita Sebabnya, Ramai Yang Menitiskan Air Mata

VIDEO PENUH DISEDIAKAN DI AKHIR ARTIKEL

PETALING JAYA: Kemunculan seekor kucing putih secara tiba-tiba semasa bacaan talkin upacara pengebumian seorang warga emas bukan sahaja mengejutkan, malah mencetuskan 1001 tanda tanya.

Agak pelik apabila kucing itu kemudian berjalan mengelilingi kubur, malah tidak mahu meninggalkan kawasan itu walaupun orang ramai mula beredar.

Rasa sayu mula timbul apabila haiwan ini mula menguis tanah kubur tersebut, seolah-olah meratapi pemergian tuannya.

Bagaimanapun kucing tersebut bukanlah haiwan peliharaan Allahyarham Ismail Mat, 88, yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Nur Al-Hidayah, Kelibang, Pulau Langkawi Isnin lalu.

Cucunya, Muhammad Soffuan Che Zan, 26, berkata, arwah datuknya yang berasal dari Kampung Sanusi Junid di mukim Kuah adalah seorang pencinta kucing.

Lebih dikenali sebagai Tok Wan dalam kalangan cucunya, Ismail suka membela kucing malah memberi layanan seperti haiwan peliharaan sendiri sekiranya ada yang datang berkeliaran di kawasan rumah.

VIDEO PENUH DISEDIAKAN DI AKHIR ARTIKEL

“Semua kucing yang lalu di belakang rumah, tak kira kucing siapa pun walaupun milik orang lain atau tak ada tuan pun Tok Wan bagi makan.

“Ada juga kucing yang dijadikan haiwan peliharaan Tok Wan. Setahu saya kali terakhir dia ada bela dua kucing, sebelum tu ada beberapa lagi,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Soffuan, keluarganya bersama ahli keluarga dan rakan-rakan lain yang lain tidak menyangka seekor kucing akan muncul semasa bacaan talkin pada majlis pengebumian tersebut.

Difahamkan kucing tersebut sering berkeliaran di kawasan masjid.

Assalamualaikum.. Tok Wan saya (Ismail Bin Mat) telah selamat di kebumikn ditanah Pekuburan Masjid Kelibang..Ada Kejadian berlaku semasa membaca talqin, sekor kucing Putih mai mengelingi kubur arwah..Sunguh besar kekuasaan mu ya Allah..Semasa arwah tokwan saya di dunia..dia seorang yg cinta kepada kucing..Harap Tokwan di tempatkn dgn org yg beriman.. Kasih sayang seorg tokwan kepada kami cucu 38org dripada 12 anaknya tiada ganti…terlalu bnyk kenangan manis yg kami xkan lupa sampai bila2…kami sayang sgt2 kat tokwan…moga tenang disana…Al-Fatihah

Tambah Soffuan, datuknya yang juga dikenali sebagai Tok Mey oleh penduduk setempat tidak pernah bercakap mengenai kucing semasa hayatnya tetapi lebih menunjukkan dia mengambil berat tentang haiwan itu.

“Dia tak cakap pasal kucing. Cuma sebelum meninggal walaupun terlantar kerana sakit tua, dia ingat semua nama 12 anak dan 38 cucunya,” katanya.

Video kucing putih itu yang tular bagaimanapun turut mendapat reaksi kurang senang netizen yang kurang senang dengan cara beberapa individu cuba mengalihkan haiwan itu dari kubur.

 

Soffuan kemudiannya tampil menjelaskan bahawa ia sebenarnya tidak dilakukan secara kasar sebagaimana yang dilihat netizen.

“Berkenaan cubit kucing tu sebenarnya bukanlah tindakan kasar, cuma cubit manja saja. Pasal angkat kaki kucing tu pula, tu pun melawak juga dengan kucing untuk memujuk.

“Maaflah kalau video kucing tu buatkan pencinta-pencinta kucing marah sebab perlakuan sebegitu dari keluarga kami,” katanya.

VIDEO SEDIH KUCING CUBA MENGGALI KUBUR ARWAH

SUMBER : MSTAR ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *