Kilafairy Dihentam Netizen Kerana Tidak Hormati Bulan Ramadhan. Apa Yang Dia Tunjuk Sampai Orang Lain Marah

Dalam bulan Ramadhan bukan saja kita hanya menahan lapar dan dahaga, perlakuan, percakapan dan pemakaian juga perlu dijaga.

Apa yang menarik pada Ramadhan kali ini, ada beberapa selebriti dipuji apabila tampil sopan dan mengenakan hijab walaupun tidak sepenuhnya sebagai tanda menghormati bulan puasa.

Namun, bagi pelakon dan penyanyi Kilafairy pula dia dikecam teruk oleh netizen dan dikatakan tidak menghormati bulan puasa apabila memuat naik foto berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk buah dada di Instagram.

Rata-rata netizen terkejut dengan tindakan itu dan menganggap pakaiannya itu tidak sesuai digayakan di bulan yang mulia ini. Foto seksi itu juga turut mengundang komen berbaur lucah daripada netizen yang mengatakan iman mereka tergugat apabila melihat bentuk buah dada pelakon itu.

Foto itu juga sekaligus menimbulkan perbalahan, apabila komen panas oleh netizen dibalas oleh Kilafairy dalam bentuk sindiran.

Tidak dinafikan Kilafairy sememangnya terkenal dengan bentuk badannya yang seksi, tapi di bulan Ramadhan ini lebih baik elakkan muat naik foto yang boleh mendatangkan fitnah.

Antara komen-komen netizen

 

Bagi admin, kilafairy sepatutnya tahu bahawa bulan Ramadhan kita kena jaga tingkah laku kita. Tetapi zaman sekarang ini tidak ramai yang endahkan perkara begini. Tak percaya cuba pergi ke Bazaar Ramadhan dan akan nampak ramai yang berpakaian menjolok mata walaupun dalam bulan ramadhan.

Beza dengan kilafairy sebab dia adalah public figure dan ramai orang follow jadi jika perkara begini terjadi memang selalu akan menjadi tular.

Apa pon jom layan lagu Raya Kilafairy dengan ibu dia sendiri Rohana Jalil. Boleh tahan jugak …

Kilafairy & Rohana Jalil – Nostalgia Aidilfitri – Youtube Kredit: Paranormal Records

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *