Akhirnya Raya Tahun Ini Achey Dan Isteri Beraya Ketika. Ini Wajah Comel Dan Biodata Pelengkap Hidup Mereka

PENANTIAN lapan tahun pelawak Achey dan isterinya, Nor Hasanah Yahaya untuk menimang cahaya mata akhirnya dimakbulkan apabila mereka memaklumkan mengambil seorang anak angkat.

Achey atau Mohd. Nasir Hamzah, 32, menerusi Instagram menyifatkan kehadiran bayi perempuan yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir itu sejak 6 Ramadan lalu sebagai mengisi kekosongan sepanjang tempoh mereka berusaha mendapatkan cahaya mata.

“Assalamualaikum. Bismillah… Alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. Setelah lapan tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata.

“Namun pada 22 Mei 2018 di ramadan keenam anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu,” kata Achey menerusi laman Instagramnya.

Achey turut memuat naik foto bersama anak angkat perempuannya itu di laman Instagram dan mendapat perhatian pengikutnya.

Achey dan isteri menerima kehadiran orang baharu dalam keluarganya.

Kata Achey, Nur Tiara dilahirkan pada 15 Mei lalu pada pukul 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam pada itu, Achey menjelaskan punca isterinya jarang bersamanya sejak awal Ramadan akhirnya terjawab kerana Nor Hasanah berada di kampung bagi menjaga bayi mereka.

Kata anggota kumpulan Bocey ini, ramai menyangka isterinya berada di kampung selama sebulan disebabkan berselisih faham dengannya.

“Selama hampir sebulan kami berada di kampung terutama @anne_achey. Ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? Jawapannya menjaga tiara dalam pantang.

Bayi perempuan Achey dan isteri yang diberi nama Tiara Zinnirah.

“Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata yang hebat. Yang paling jelas saya dan isteri sangat gembira tak terkata,” ujarnya.

Sementara itu, Achey berharap agar semua peminatnya mendoakan kesejahteraan keluarga dan menerima kehadiran anak sulungnya itu.

“Kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran @tiara_zinnirahofficial.

“Semoga @tiara_zinnirahofficial menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya… RAYA NI KAMI BERTIGAAAAA YEAY!!!” katanya.

SUMBER : MSTAR ONLINE

Tahniah buat Achey dan pasangan, semoga bahagia dia Hari Raya tahun ini. – OhBijok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *