Xavier Justo Sedia Bantu Malaysia Dapatkan Semula Wang Dicuri Daripada 1MDB.

KUALA LUMPUR: Xavier Justo, lelaki yang membawa skandal 1MDB ke pengetahuan dunia telah menyatakan kesediaannya untuk menjadi saksi dalam perbicaran yang melibatkan pelaburan tersebut.

Dalam temubual eksklusif bersama The Star, beliau berkata: “Apa sahaja yang saya boleh lakukan demi keadilan dan membantu negara anda bagi mendapatkan kembali wang yang dicuri, saya akan lakukannya.”

Pada temubual yang diadakan di lobi hotel di sini pada Khamis malam itu, Justo turut mendedahkan punca yang mendorong beliau tampil membongkar skandal itu ke pengetahuan umum.

Bekas eksekutif PetroSaudi International berkata, segalanya bermula ababila berlaku perbalahan dengan salah seorang pengasas firma itu, Tarek Obaid.

“Saya tinggalkan syarikat itu kerana bergaduh dengan Obaid. Saya dapat dokumen ini (secara sah). Saya nak tekankan di sini sebab hanya di Asia bila saya baca artikel mengenai saya, mereka merujuk saya sebagai ‘lelaki yang mencuri data’.

“Fail itu diberikan kepada saya, saya tidak mencuri apa-apa,” katanya.

Clare Rewcastle-Brown.

Justo adalah individu penting dalam isu membabitkan 1MDB dan maklumat yang dikongsinya kepada editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown telah mencetuskan siasatan ke atas dana tersebut di beberapa negara di seluruh dunia.

Justo digambarkan sebagai seorang ‘hero’ dan ‘penjahat’ dalam skandal 1MDB serta apabila ditanya tentang persepsinya mengenai perkara itu, Justo berkata ia tidak menjejaskannya.

“Secara jujurnya, saya tidak kisah… saya tidak perlukannya. Ia berlaku,” katanya sambil menambah bahawa hero sebenar dalam skandal ini adalah rakyat Malaysia.

“Hero sebenar adalah rakyat Malaysia yang mengundi Dr Mahathir, mereka yang cipta sejarah.

“Saya cuma bahagian kecil dalam apa yang berlaku.

“Mereka yang mengundi, yang tinggal di sini yang telah mengambil risiko. Mereka adalah hero, bukan saya,” kata Justo. sumber

‘Sesuatu yang luar biasa!’- Reaksi Xavier Justo berjumpa Tun Mahathir

KUALA LUMPUR : Bekas kakitangan Petrosaudi International, Andre Xavier Justo yang sebelum ini mendapat perhatian media antarabangsa susulan pendedahannya mengenai kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah berjumpa Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Justo turut memuat naik foto pertemuan bersama Pengerusi Pakatan Harapan itu menerusi platform media sosial, Facebook (FB) miliknya.

“Ini merupakan peluang yang istimewa dan sesuatu yang luar biasa!” tulisnya menerusi kapsyen di FB.

Foto tersebut telah mengundang pelbagai reaksi dari pengguna FB di ruang komen.

Justo telah dibebaskan dari penjara di Bangkok Thailand pada 20 Disember 2016 selepas dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun.

Namun hukuman penjara itu dipendekkan selepas dia diberikan dua Pengampunan Diraja, pertamanya oleh mendiang Raja Bhumibol Adulyadej pada Ogos 2016 dan Raja Maha Chakri Bodindradevarangkun yang baru.

Polis Thailand sebelum itu menahan Justo atas tuduhan cuba memeras ugut Petrosaudi, sebuah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Arab Saudi, yang menjadi tumpuan dalam kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Susulan penjualan dokumen itu, beberapa e-mel dan dokumen kenmudiannya disiarkan oleh portal berita Sarawak Report sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB. sumber

Justo hadir sekali lagi bantu siasatan 1MDB

BEKAS pegawai PetroSaudi International Ltd, Xavier Andre Justo hadir sekali lagi ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya, pagi ini.

Beliau bertemu Pasukan Petugas Khas 1MDB dipercayai bagi membantu siasatan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Justo dilihat tiba di bangunan itu pada 9 pagi.

Semalam, Justo turut hadir di Ibu Pejabat SPRM untuk bertemu pasukan sama.

Kerajaan sebelum ini menubuhkan Pasukan Petugas Khas 1MDB yang disertai bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed; bekas Peguam Negara, Tan Sri Ghani Patail; Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador. sumber

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *