Macam Tak Percaya! Wanita ini dibayar RM6,000 sebulan sebagai pengopek!

Tonton video di bawah artikel.

Bagi anak muda yang berkelulusan ijazah, menerima pendapatan sekitar RM2,000 hingga RM3,000 adalah perkara biasa. Tidak kurang juga yang menerima pendapatan kurang daripada itu.

Namun bagi seorang penuntut universiti di China ini, dia menerima gaji lebih RM6,000 sebulan melalui pekerjaannya yang mungkin agak janggal di pendengaran kita di Malaysia, iaitu pengopek kulit makanan laut.

Biarpun pekerjaan itu kedengaran seperti satu tugas yang mudah, namun He Nanxin mengakui ia tidak menyenangkan.

“Bunyinya mudah, tetapi kerja ini sangat menjengkelkan. Ia membuatkan tangan anda kotor dan berbau hanyir,” kata Nanxin kepada portal South Cina Morning Post.

Video Nanxin ketika sedang bekerja dimuat naik ke laman Facebook, PearVideo.

Pelajar tahun akhir jurusan rekaan fesyen itu memaklumkan, gajinya boleh mencecah sehingga 10,000 yuan (RM6,250) sebulan, bergantung kepada waktu dia bekerja.

Pemilik restoran yang terletak di Shanghai itu, yang enggan dikenali, berkata dia mendapat idea menggaji pekerja untuk mengopek kulit makanan laut selepas sedar ramai pelanggan yang datang adalah penggemar permainan video di telefon pintar.

“Ada yang datang bersama rakan-rakan ke restoran ini, dan bermain permainan video beramai-ramai. Ada yang sampai tak mahu meletakkan telefon.

“Jadi saya menggaji pekerja untuk melakukan kerja itu supaya pelanggan boleh terus bermain tanpa rasa terganggu,” katanya.

Video di bawah:

Biarpun pekerjaan itu kedengaran seperti satu tugas yang mudah, namun ia tidak menyenangkan. – Facebook PearVideo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *