Cubaan lagakan saya dengan Najib: KJ

PENGERUSI Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyelar artikel yang dimanipulasi oleh sebuah portal dan cuba melaga-lagakannya dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Khairy berkata berkata laporan yang disiarkan vharian.blogspot.my bertajuk ‘Memang ada petanda Najib menyeleweng – KJ akhirnya pecah rahsia 1MDB’ itu bersifat fitnah dan beliau menafikan sekeras-kerasnya.

Katanya beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian sebaliknya kenyataan asal menerusi temubual bersama Channel News Asia (CNA) dimanipulasi oleh portal berkenaan.

“Dalam temubual dengan CNA beberapa hari lalu, saya ada menyebut seluruh kepimpinan dan ahli UMNO serta BN telah terkhilaf dengan tindakan kami yang gagal menasihati Najib tentang penolakan rakyat terhadap gagasan politik yang diketuai beliau sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Itulah petanda penolakan yang saya maksudkan dan tidak pernah sesekali saya mengatakan bahawa saya telah nampak penyelewengan dalam hal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti tajuk berita portal terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau juga menegaskan pihak polis sedang melakukan siasatan menyeluruh terhadap kes terbabit dan Najib sebagai bekas Perdana Menteri wajar dihormati selagi tiada pendakwaan terhadapnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *