Geledah kediaman Najib: Lapan lagi peti besi akan dibuka di Seri Perdana Putrajaya

KUALA LUMPUR: Dua tukang kunci yang berjaya membuka peti besi lama di kediaman bekas Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta, Jalan Duta di sini kini ditugaskan untuk membuka lapan lagi peti besi.

Difahamkan kelapan-lapan peti besi berkenaan kini berada di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya.

Menurut sumber, dua tukang kunci berkenaan mula ditugaskan membuka peti besi berkenaan sejak pagi tadi namun sehingga tengah hari, difahamkan hanya satu sahaja peti berjaya dibuka.

ÔÇťOperasi masih berjalan sehingga kini dan belum selesai.

“Siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti,” katanya ketika dihubungi.

Akhirnya, peti besi lama dari kediaman Najib Razak berjaya dibuka

Akhirnya, peti besi lama dari kediaman Najib Razak berjaya dibuka
Trak PDRM yang digunakan untuk membawa barangan dari kediaman Najib semalam. – Astro AWANI

KUALA LUMPUR: Peti besi di kediaman bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta di sini, yang dikatakan tidak pernah dibuka sekian lama berjaya dibuka.

Difahamkan, dua tukang kunci ditugaskan untuk membuka peti besi yang berada di tingkat satu kediaman itu.
Menurut sumber, peti besi lama keluarga itu tidak dapat dibuka sebelum ini kerana kuncinya telah hilang.

“Tugasan buka peti berkenaan telah selesai dan peti besi itu mengandungi wang tunai,” katanya, enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, difahamkan jumlah wang tunai itu masih belum dapat dipastikan.

Sumber astro awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *